Mayat sudah keras dijumpai dalam parit selepas 12 jam kemalangan

Mayat sudah keras dijumpai dalam parit selepas 12 jam kemalangan

BATU PAHAT: “Sebaik mahu buka pintu pagar, saya ternampak sebuah kereta terbabas dengan lampu masih menyala.

“Saya terus menghubungi polis memaklumkan perkara itu,” kata pengawal keselamatan ladang sawit susulan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai selepas 12 jam terbabit kemalangan di Jalan Kampung Rahmat-Sri Gading, pagi semalam.



Kemalangan dipercayai berlaku jam 10 malam namun mayat mangsa, Lee Wee Sheng, 39, pemandu kereta jenis Toyota Corolla hanya ditemui pada jam 10 pagi.

Difahamkan, mangsa berseorangan dipercayai terbabas sebelum kereta dipandunya ‘melekat’ pada tembok simen dalam parit di ladang terbabit.

Pada masa sama, mayat pemandu kereta itu didapati sudah keras selepas pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkannya daripada tersepit di tempat duduk pemandu.

Pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata, dia menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kerana menyangka ada orang di dalamnya.



“Tidak lama kemudian, polis tiba di lokasi dan mendapati ada mangsa di dalamnya namun sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari Jalan Kluang menghala ke Jalan Tanjung Laboh, di sini.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

“Mangsa cedera parah di kepala serta organ dalaman, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.



“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan,” katanya. BH

Mayat sudah keras dijumpai dalam parit selepas 12 jam kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker