Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan
Seorang lelaki dihukum penjara enam bulan dan didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Marang di Terengganu atas kesalahan mengibar bendera Israel pada Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli, lapor Harian Metro.
Zur Azureen juga mengarahkan Harma dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Hukuman tersebut akan berjalan selepas tertuduh yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan berasingan berkaitan dadah selesai menjalani hukuman.
Harma pada bulan lalu dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan atas kesalahan dadah tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, Harma didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Okt lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. FMT
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan
Baca Artikel Menarik:
- Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita
- BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko
- Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis
- Keajaiban bayi 37 hari
- Hamas jemput Elon Musk saksi kemusnahan di Gaza
- Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay
- Kamu biadap sokong PM – Razali
- Bersatu tercabar gelombang hijau PAS
- Alif Teega – Biodata, Profil dan Latar Belakang
- Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain
- Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
- Sorok wang RM153,000 daripada Isteri akhirnya dirembat oleh skandal sendiri
- 4 pelajar universiti ditahan di Muar, polis jumpa ganja di kolej kediaman
- Dulu kata gemuk, dah kurus kata suntik
- Proton S70 dilancar harga bermula daripada RM73,800
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM
You must be logged in to post a comment.