‘Macai dan Celaka panaskan’ Dewan Rakyat

Perkataan ‘macai’ dan ‘celaka’ mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan ahli parlimen kerajaan serta pembangkang sehingga menyebabkan suasana panas sekali lagi di Dewan Rakyat.

Awalnya RSN Rayer (PH-Jelutong) berang apabila ada ahli parlimen pembangkang bangkit untuk mencelah ketika dia berbahas dan menyebut nama Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2023 Rayer mendakwa berlaku pelanggaran semasa Muhyiddin berada dalam kerajaan.

“Dengan undang-undang ini, pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku semasa pemerintahan Pagoh tak akan berulang pada masa akan datang.

“Pagoh ada tapi dia tak akan berani bangun untuk jawab,” kata ahli parlimen DAP itu ‘memancing’ Muhyiddin.

Kenyataan Rayer segera mengundang rasa tidak puas hati beberapa ahli parlimen PN yang bangkit untuk mencelah. Antara mereka ialah Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas), Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden (Alor Setar).

“Saya minta semua macai duduk,” kata Rayer yang mengundang rasa tidak puas hati ahli Parimen Besut.

Susulan itu, Che Mohamad Zulkifly meninggikan suara untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sifat Rayer dan memintanya supaya tidak “menjadi celaka”.

“Kurang ajar punya Jelutong (Reyer). Apa macai-macai? Kurang ajar… Jangan jadi celaka,” kata Che Mohamad Zulkifly.

Reyer yang tidak senang dengan perkataan celaka itu meminta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, mengarahkan ahli parlimen Besut terbabit menarik balik kenyataan tersebut.

Che Mohamad Zulkifly bagaimanapun enggan dan berhujah, dia tidak menuduh Reyer sebagai “celaka” sebaliknya hanya mengingatkan ahli parlimen terbabit agar “jangan menjadi celaka.”

“Yang mana satu? Yang mana satu? Perkataan yang mana?

“Saya kata jangan jadi… saya tak kata dia (Jelutong) celaka. Saya tak kata pun,” tegas Che Mohamad Zulkifly.

Penjelasan itu tidak diterima Lau dan dia bertegas mahu agar Che Mohamad Zulkifly kerana perkataan “celaka” dianggap melanggar peraturan dewan.

“Perkataan itu perlu ditarik balik. (Jika tidak ditarik balik) Adakah ini bermaksud semua perkataan unparlimentary words (tidak dibenarkan di parlimen) boleh digunakan dengan perkataan jangan sebelum itu? Tarik balik,” kata Alice.

Mohamad Zulkifly kemudian meminta Lau turut mengarahkan Rayer menarik balik perkataan macai.

Keadaan kembali reda selepas Che Mohamad Zulkifly menarik balik perkataan yang dilafazkannya sebelum itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker