Keajaiban bayi 37 hari

Keajaiban bayi 37 hari

Laungan takbir bergema di sebuah kawasan kediaman di utara Gaza, Palestin apabila pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang bayi hidup-hidup dari bawah runtuhan.

Dalam rakaman video tular, kedengaran anggota pertahanan awam yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bedilan Israel di bawah runtuhan, melaungkan Allahuakbar.

Mereka meraikan kejayaan itu sambil bergilir-gilir mencium bayi comel terbabit yang masih berbedung dengan matanya dilihat terkebil-kebil.

Menurut pemilik akaun Instagram (IG), Nooh Al-Shaghnobi yang menyertai misi SAR itu, bayi berkenaan kemungkinan dilahirkan pada minggu pertama serangan berlaku, awal Oktober lalu.

Nooh berkata, kediaman anak kecil itu dibedil tentera Israel ketika usianya mencecah 37 hari menyebabkannya terperangkap selama beberapa jam di bawah runtuhan sebelum diselamatkan.

Menurutnya, lebih ajaib apabila bayi itu masih bernyawa serta tidak mengalami kecederaan sehingga anggota pertahanan awam menyifatkan kejayaan itu umpama mereka menyambut kelahiran kedua anak berkenaan.

“Bayi ini dilahirkan pada hari-hari pertama perang, tetapi dia masih hidup. Nampak macam dia kuat bertahan dalam situasi pengeboman di kawasan rumahnya.

“Dia ditarik keluar dari runtuhan pada usianya ke-37 hari selepas beberapa jam rumahnya dibom,” katanya yang memuat naik perkongsian asal kisah itu di IG, malam kelmarin.

Nooh berkata, misi SAR itu mengambil masa tiga jam berikutan kesukaran sampai ke lokasi bayi terbabit yang berada pada kedalamannya beberapa meter di bawah runtuhan.

“Kami pada mulanya menyangka bayi itu sudah meninggal dunia, namun dengan harapan tinggi kami bertungkus-lumus mengeluarkannya.

“Akhirnya dia ditemukan masih hidup dan tidak cedera di samping ibu bapanya yang sudah syahid.

“Tak dapat nak digambarkan perasaan kami, ia macam kami menyambut kelahiran kedua anak ini apabila berjaya menyelamatkannya di bawah runtuhan hidup-hidup,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen keliru sama ada bayi itu terperangkap 37 hari atau bilangan hari mewakili usianya sedangkan konflik itu pada masa ini memasuki hari ke-53.

Namun, beberapa individu dipercayai berhubung rapat dengan Nooh menjelaskan, kejadian sebenar berlaku beberapa hari lalu sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.

Katanya, akibat masalah rangkaian internet terputus pada hari kejadian, Nooh tidak dapat kongsi video itu lebih awal.

Operasi SAR mangsa yang belum ditemui serta pembersihan runtuhan kediaman yang musnah akibat bedilan rejim Zionis kini giat dijalankan dalam kekurangan peralatan petugas.

Dalam laporan media, jurucakap pertahanan awam di Gaza merayu penyertaan anggota pertahanan awam negara Arab bersama kelengkapan untuk menjalankan misi SAR berikutan mereka belum menerima bantuan dan bekalan bahan api.

Katanya, ribuan penduduk dikhuatiri masih terperangkap bawah runtuhan, malah dianggar ratusan jasad berada di Hospital al-Quds dan Hospital Al-Rantisi. HM

Keajaiban bayi 37 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker