Feri terbakar di Palawan, lima maut, 87 masih hilang
Feri terbakar di Palawan, lima maut, 87 masih hilang

MANILA – Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dan 87 lagi masih hilang selepas sebuah feri penumpang terbakar berhampiran kawasan tumpuan pelancong di wilayah Palawan, Filipina.
Menurut Pengawal Pantai Filipina, kebakaran di atas kapal M/V June Aster itu berlaku pada malam semalam kira-kira 2.2 kilometer di luar pantai.
Lima mangsa terkorban telah dibawa ke darat.
Video yang dikongsi oleh pengawal pantai di Facebook menunjukkan api di atas kapal berkenaan begitu marak.
Menurut jurucakap pengawal pantai, Kapten Noemi Cayabyab, berdasarkan data pelayaran, kapal tersebut membawa seramai 134 penumpang dan anak kapal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelab UMNO Luar Negara Bakal Diformalisasikan Di Bawah Perlembagaan UMNO
- Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda
- Pemuda UMNO Sedia Perkukuh Jentera, Perjuang Kepentingan Rakyat Hadapi PRU-16
“Berdasarkan data yang kami ada buat masa ini mangsa yang berjaya diselamatkan seramai 42 orang dan 87 orang yang belum ditemui.
“Daripada jumlah yang diselamatkan, 38 adalah penumpang dan empat lagi anak kapal,” katanya.
Tambahnya, pihak berkuasa masih belum dapat memperoleh maklumat daripada individu yang diselamatkan kerana belum sempat bercakap dengan mereka.
Operasi menyelamat mangsa yang hilang masih dijalankan. – AFP
Feri terbakar di Palawan, lima maut, 87 masih hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT
- Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
- Bank Bakat Wanita Perlu Jadi Platform Lahir Calon Berpotensi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.