Kontrak lebih 7,000 guru ditamatkan

Kontrak lebih 7,000 guru ditamatkan

Kontrak lebih 7,000 guru ditamatkan
LANGKAH penamatan kontrak diambil Kementerian Pendidikan Kuwait berikutan berlakunya lebihan guru di Kuwait. – AGENSI

BANDAR KUWAIT – Kementerian Pendidikan Kuwait telah mula mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan kepada 7,019 guru berbangsa Arab dan warganegara lain, sekali gus melancarkan fasa pertama usaha mengurangkan lebihan tenaga pengajar yang besar di sekolah-sekolah kerajaan, lapor saluran berita Gulf News.

Menurut laporan media tempatan, guru-guru yang terjejas oleh keputusan itu telah mula menerima pemberitahuan menerusi aplikasi kerajaan, Sahel, di bawah tajuk ‘Notis Penamatan Kontrak’.

Notis tersebut menyatakan bahawa kementerian sedang meneruskan penamatan kontrak kedua mereka sementara ia masih berkuat kuasa, selaras dengan peruntukan kontrak berkaitan dan tempoh notis yang ditetapkan.

Langkah ini diambil berikutan kajian semula tahap perjawatan oleh kementerian yang mengenal pasti lebihan kira-kira 33,268 guru merentasi pelbagai subjek dan peringkat pendidikan.

Kementerian menyatakan bahawa pengstrukturan semula ini akan dijalankan secara berperingkat, dengan bilangan kakitangan diimbangi mengikut keperluan sebenar sekolah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Beri Ruang Anak Muda Cetus Pembaharuan – Johari


Fasa pertama ini melibatkan 7,019 guru, merangkumi 1,551 lelaki dan 5,468 wanita, dan dijangka mengurangkan perbelanjaan gaji tahunan kira-kira KD42 juta (RM552 juta), berdasarkan angka yang diterbitkan oleh kementerian.

Kementerian memaklumkan bahawa guru-guru yang terjejas adalah daripada pengkhususan di mana tahap perjawatan melebihi keperluan semasa.

Lebihannya telah dikenal pasti merentasi pelbagai subjek termasuk Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Seni, Muzik, Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani dan beberapa disiplin sekolah menengah, bergantung pada peringkat pendidikan serta sama ada sekolah tersebut merupakan sekolah lelaki atau perempuan.

Pegawai kementerian berkata mereka yang ditamatkan perkhidmatan akan dimaklumkan melalui Sahel mengikut prosedur pentadbiran dan undang-undang yang diluluskan, manakala hak-hak perkerjaan mereka akan kekal terpelihara.

Penstrukturan semula ini juga menyokong usaha Kuwait untuk memperluas pengambilan warganegara tempatan yang berkelayakan dalam jawatan perguruan di mana terdapat bakat tempatan yang mencukupi, sambil meneruskan pengambilan dari luar negara bagi subjek-subjek yang masih mengalami kekurangan tenaga pengajar. – AGENSI

Kontrak lebih 7,000 guru ditamatkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hayati Semangat Perang Badar Dan Uhud – Reezal

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker