Aniq mahu ke Hollywood sekiranya berpeluang

Aniq mahu ke Hollywood sekiranya berpeluang

Industri seni lakon negara tidak pernah sunyi dengan kemunculan muka baharu pelakon lelaki yang bakal menggantikan posisi hero sedia ada selepas ini.

Antaranya, Aniq Durar, 30, yang membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta di TV3, RIOT (Astro Original) dan filem Pagari Bulan dilihat antara yang berpotensi untuk mencipta nama.



Walaupun pembabitannya dalam seni baru berusia setahun jagung, pelakon keturunan Melanau-Pashtun dari Sarawak ini mula mengisi senarai nama dalam deretan drama untuk tayangan di televisyen.

“Saya sebenarnya baru empat tahun tinggal di Kuala Lumpur dan secara teknikal baru masuk industri lakonan tahun lalu. Memang awalnya agak susah sikit dan tak banyak tawaran berlakon..

“Saya ada sertai banyak uji bakat secara dalam talian tapi banyak kena tolak. Tapi saya cuba positif masa itu.

Mungkin bukan rezeki saya dan masanya pasti akan datang.



“Dan kemudian tahun lalu barulah saya ada tawaran kerja selepas beberapa uji bakat dengan produksi berbeza,” katanya.

Menurutnya, dia kini merasa sangat bersyukur kerana dapat menjadikan lakonan sebagai kerjaya sepenuh masa dan di dalam negara kita, ia adalah satu keistimewaan.

“Memang satu keistimewaan kerana bukan semua dapat peluang untuk berlakon dan bukan semua pun nak berlakon.

“Tapi saya diberi rezeki untuk berlakon dalam industri ini dan saya rasa sangat gembira. Namun, pada tahap ini saya belum dikenali sepenuhnya oleh peminat kerana masih dikategorikan orang baru.



“Namun sewaktu ke pusat beli-belah, ada juga yang menegur dan minta bergambar. Ada juga yang segan nak tegur tapi tulis komen di media sosial saya, beritahu nampak saya di situ,” katanya.

Aniq kini sudah membintangi empat filem dan tiga drama antaranya Nyonya Ronggeng terbitan ZLK Productions arahan Raja Mukhriz yang akan disiarkan pada Februari 2024, filem PAPA dan drama 13 episod Alice Kg Baru arahan Liyana Jasmay untuk TV3.

Dengan kemajuan yang dicapai dalam kariernya, Aniq bertekad mahu membabitkan diri dalam lakonan sehingga hujung usia.

“Itu memang impian, semangat dan tujuan saya dalam hidup ini. Dan sebenarnya saya baru sedar berkenaan impian ini pada 2018.



“Walaupun saya memang anak seni dari dulu kerana masa kecil di sekolah rendah saya buat persembahan menari, di sekolah menengah saya buat muzikal dan koir, manakala di universiti saya berlakon teater Inggeris termasuk Shakespeare.

“Tapi saya tak sedar itu impian saya untuk 2018. Masa itu saya kerja di bahagian pentadbiran dan ada sesuatu bermain dalam fikiran saya dan saya rasa tak puas. Ia macam itu bukan matlamat saya,” katanya.

Jarang terbabit dengan persembahan juga membuatkan Aniq merindui bidang seni. Dia kemudian terbabit untuk satu persembahan di Kuching dalam satu festival dan menyedari dirinya amat menyintai bidang seni.

“Tahun 2020 saya datang ke Kuala Lumpur dan dapat ‘job’ dari Iz Sulaini (penyanyi dan pelakon) untuk buat satu komersial. Dia dan rakan kongsinya, Megat Ammar nampak potensi saya dan ia membuka peluang untuk bertapak dan berada dalam industri seni.



“Impian saya selepas ini nak terbabit dalam filem genre sci-fi. Kalau ada peluang nak bintangi filem Star Wars di Hollywood. Saya nak cuba sebab memang suka filem begini. Ataupun filem fantasi macam Game of Thrones.

“Di Malaysia memang kurang sikit peranan sebegitu. Sekarang saya memang fokus dengan produksi tempatan. Tapi uji bakat secara dalam talian dengan produksi luar adalah satu cara untuk berlakon di sana.

“Kalau tak dapat pun tak mengapa kerana sekurang-kurangnya mereka dapat tengok muka saya. Mungkin dalam beberapa tahun akan datang, mereka akan kenal dan ambil saya sebagai pelakon mereka,” katanya. HM

Aniq mahu ke Hollywood sekiranya berpeluang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker