Diana Danielle mengandung, ini jawab tuan punya badan

Diana Danielle mengandung, ini jawab tuan punya badan

Tidak habis-habis dikatakan sedang berbadan dua, pelakon terkenal Diana Danielle lelah menjawab soalan tersebut dari orang ramai. Katanya, dia tidak berniat nak menyembunyikan perkara tersebut jika betul.

Setelah digemparkan sudah kembali rujuk bersama suaminya, Farid Kamil, spekulasi tentang Diana mengandung pun mula timbul. Sudah beberapa kali juga dirinya menjawab itu hanyalah kerana naik berat badan dan bukan kerana hamil.



Saya dah jawab sekitar 50 soalan sejak dua bulan lalu. Saya hanya berat badan bertambah. Kalau nampak perut buncit, tak semestinya hamil. Kalau muka berseri bukannya mengandung.

Ibu kepada dua orang cahaya mati ini sekali lagi menjelaskan penampilannya sedikit berlainan dari sebelum ini adalah hanya kerana selera makannya yang semakin tinggi. Tiada sebarang rahsia seperti mengandung pun.

Tambah pelakon filem popular Imaginur ini, jika satu hari dia diberikan rezeki seorang lagi anak, Diana pasti akan berkongsi berita gembira tersebut dengan para peminat.

Diana Danielle mengandung, ini jawab tuan punya badan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker