‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’

‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’

Parit Buntar: “Kalau ibu mati nanti Esya jaga ayah ye.”

Demikian permintaan terakhir Siti Roshasnizan Idris, 41, kepada anak bongsunya Nur Eleysa Elena Abdul Rahman,14 sebelum memulakan perjalanan bersama suaminya Abdul Rahman Abdul Razak, 45, bagi menghantar kelapa sawit dari Bukit Bersatu, Taiping ke Temerlok.



Nur Eleysa Elena anak bongsu dari empat beradik berkata, ibunya sering tidak berhenti memintanya menjaga ayahnya bila dia tiada nanti.

“Ibu selalu cakap benda sama dalam seminggu ini dan bila saya tanya ibu kenapa dia cakap begitu ‘dia cuma beritahu kita tak tahu ajal kita bila, esok atau hari ini ke bila-bila saja kita boleh mati’.

“Paling sedih masa dia tersepit dia cakap Esya tolong ibu, ibu sakit, panas.

“Kalau saya ada kekuatan masa itu saya pasti tolong ibu,” katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Parit Buntar, di sini, hari ini.



Sementara itu, Abdul Rahman berkata, sepanjang tersepit isterinya mengadu sakit, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa kecuali memintanya bertahan.

“Sepanjang lebih 20 minit dia tersepit saya ada disisinya dan memintanya bersabar malah sempat mengajarnya mengucap.

“Apabila mendapati dia perlahan-perlahan senyap dan terdiam saya menjerit sekuat hati dan sebaik berjaya dibawa keluar, pasukan perubatan memaklumkan isteri sudah tiada,” katanya.

Abdul Rahman berkata ketika mengangkut kelapa sawit, isterinya beriya-iya mahu mengikutnya pergi bekerja.



“Jarang saya bawa mereka bersama namun tiga hari lalu dia menyatakan mahu ikut sekali.

“Kebetulan anak bongsu tidak ke sekolah jadi saya bawa mereka sekali malah sebelum kejadian berlaku arwah sempat merakam gambar kami bertiga,” katanya.

Abdul Rahman yang sangat terkesan dengan kejadian itu, turut berharap orang awam tidak berkongsi video kejadian.

Jenazah Siti Roshasnizan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Cenaam, dekat sini selepas solat Isyak malam ini.



Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, wanita maut setelah lori treler dinaiki bersama suami dan anaknya terbabit kemalangan bersama lima kenderaan lain di Kilometer 200.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.33 pagi ini.

Menurutnya, kemalangan membabitkan lori, sebuah bas persiaran, tiga lori bonded dan sebuah lori tangki.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah lori treler sarat dengan muatan kelapa sawit melanggar bahagian belakang sebuah bas persiaran dua tingkat.



“Difahamkan ketika kejadian seramai enam penumpang berada di dalam bas persiaran, lori treler dinaiki pemandu lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Pemandu serta penumpang kanak-kanak tidak cedera, namun penumpang wanita disahkan maut,” katanya dalam kenyataan. HM

‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker