`Takdir Allah itu cantik. Allah dah susun perjalanan hidup kita’ – Status WhatsApp terakhir tekong maut insiden bot bertembung
`Takdir Allah itu cantik. Allah dah susun perjalanan hidup kita’ – Status WhatsApp terakhir tekong maut insiden bot bertembung

MERSING: ‘Takdir Allah itu cantik. Allah dah susun perjalanan hidup kita ni. Berlapang dada. Reda dengan takdir-NYA,’ menjadi status WhatsApp terakhir yang dikongsi tekong bot beberapa jam sebelum maut dalam insiden dua bot bertembung di perairan Kuala Sungai Mersing, malam tadi.
Mohamad Sohaizi Mohd Sanin, 38, menjadi antara dua mangsa maut dalam insiden yang berlaku pada jarak kira-kira 800 meter dari Jeti Sungai Mersing, kira-kira jam 8.15 malam tadi.
Kakak Allahyarham, Suhailah, 51, berkata dia dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa adiknya itu oleh anak saudaranya.
“Video itu terkandung ayat ‘Takdir Allah itu cantik. Allah dah susun perjalanan hidup kita ni. Berlapang dadalah… redalah dengan takdirnya’.
“Hantaran video dimuat naik adik juga seakan-akan memberi petanda serta pesanan buat ahli keluarga dan rakan-rakan supaya reda dengan pemergiannya,” katanya.Suhailah berkata, beliau turut menerima kiriman WhatsApp penuh bermakna daripada adiknya pada 20 Ogos lalu yang juga menjadi petanda pemergian arwah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Sehimpun Sehaluan Kukuhkan Perpaduan
- Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
- Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly
“Dia kata, ‘Kak, akaklah kakak dunia akhirat saya.’ Masa itu saya tak rasa apa-apa yang pelik, cuma saya balas minta dia bekerja elok-elok. Saya pesan, kita ni dah tak ada mak ayah, yang tinggal cuma kami adik-beradik. Bila teringat kembali kiriman terakhir itu, hati jadi sangat sebak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Mersing, di sini hari ini.
Suhailah berkata, dia dimaklumkan mengenai tragedi yang menimpa adiknya itu kira-kira jam 8 malam selepas diberitahu anak saudaranya.
Beliau berkata, Mohamad Sohaizi yang juga anak keenam daripada lapan beradik itu seorang yang pendiam, namun sangat mahir dalam selok-belok pertukangan enjin.
“Arwah memang minat kerja laut ikut jejak arwah abah yang juga seorang nelayan. Kerja hakikinya baiki enjin bot tetapi pada masa sama dia ada mengambil upah sambilan membawa bot penumpang.
“Kami memang jarang berjumpa kerana saya tinggal di Johor Bahru, manakala adik duduk di Mersing. Kali terakhir kami berjumpa pada sambutan Aidilfitri lalu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPK-UMK Pacu Pengkomersialan Produk Kenaf, Perkukuh Ekosistem Industri
- Universiti, Industri Dan Sektor Pertahanan Bergerak Seiring Bangunkan Keupayaan Tempatan
- Juara Welding Antarabangsa… Bukti Anak-Anak TVET Berbakat, Berkemahiran
Terdahulu, media melaporkan Mohamad Sohaizi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah apabila bot Sea Queen yang dinaikinya bertembung dengan bot Rawa Birds kira-kira jam 8.15 malam, semalam.
Insiden itu turut meragut nyawa penumpang, Lee Wei Chung, 32, manakala empat yang lain parah.
Kejadian berlaku apabila bot Sea Queen yang dalam perjalanan pulang dari Pulau Besar bertembung dengan bot Rawa Birds yang baru berlepas dari jeti menuju ke Pulau Rawa.
`Takdir Allah itu cantik. Allah dah susun perjalanan hidup kita’ – Status WhatsApp terakhir tekong maut insiden bot bertembung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.