Lelaki ditahan di Rantau Panjang selepas jumpa isteri di Thailand
Lelaki ditahan di Rantau Panjang selepas jumpa isteri di Thailand

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki yang baru pulang berjumpa isteri di Golok, Thailand ditahan di pangkalan haram di sini selepas melakukan rentas sempadan secara haram, semalam.
Lelaki berusia 54 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan jam 2.45 petang semalam di pangkalan haram Abe Yie Parking oleh anggota dari Batalion 8 PGA.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya mengesan suspek menaiki perahu dari Thailand ke Rantau Panjang.
“Suspek ditahan kerana memasuki negara melalui jalan tidak sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63.
“Hasil soal siasat mendapati, suspek masuk ke Thailand untuk berjumpa isteri di Golok.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Sehimpun Sehaluan Kukuhkan Perpaduan
- Bajet KKDW Sudah Lulus, Kenapa Duit Tak Sampai?
- Pavilion Perak Serlah Potensi Agromakanan Negeri Di MAHA – Zolkafly
“Rondaan dan pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras sebarang aktiviti pembolosan,” katanya menerusi kenyataan di sini.
Beliau berkata, kes diserahkan kepada pihak IPD Pasir Mas untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Lelaki ditahan di Rantau Panjang selepas jumpa isteri di Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.