Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika pegang tiang lampu di gelanggang futsal

Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika pegang tiang lampu di gelanggang futsal

Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika pegang tiang lampu di gelanggang futsal
Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Taman Pancaran, Bestari Jaya malam tadi. – Foto tular

KUALA SELANGOR: Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Taman Pancaran, Bestari Jaya, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.32 malam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 15 tahun dikatakan sedang berehat dalam permainan futsal.

“Mangsa memegang tiang lampu disyaki mempunyai arus elektrik hingga menyebabkannya rebah di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azaharudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat


“Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker