Penunggang motosikal maut, 2 parah kemalangan 4 kenderaan

Penunggang motosikal maut, 2 parah kemalangan 4 kenderaan

Penunggang motosikal maut, 2 parah kemalangan 4 kenderaan
Foto hiasan

KEPALA BATAS: Seorang penunggang motosikal maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 127.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Lim Chai Wat, 50.

Katanya, pembonceng motosikal dikenali sebagai Tee Seew Yong, 50, dan seorang lagi penunggang motosikal, Kan Chee Hong, 50, yang menunggang Yamaha MT-09 pula mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.04 tengah hari berhubung kejadian itu sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan dua kereta jenis Perodua Myvi dan dua motosikal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perarakan Bot Nelayan… Lautan Patriotik Satukan Rakyat


“Dua lelaki yang memandu kereta terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lelaki yang menunggang motosikal Honda Silverwing GT disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut, dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 3.05 petang.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk sejauh kira-kira lima kilometer di laluan dari Kepala Batas ke Sungai Dua.

Penunggang motosikal maut, 2 parah kemalangan 4 kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hari Kebangsaan: Kenang Sejarah, Hargai Pengorbanan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker