Allahyarham Bad Indigo dikebumi selepas solat Jumaat hari ini
Allahyarham Bad Indigo dikebumi selepas solat Jumaat hari ini
Jenazah Allahyarham Bad Indigo akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling, dekat sini, selepas solat Jumaat, hari ini.
Keluarga Allahyarham dalam kenyataan memaklumkan, jenazah dibawa ke Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya, malam tadi.
Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah meninggal dunia di tempat kerja iaitu bengkel kereta Reiber Auto di Ampang, pada jam 7.30 malam tadi.
Sementara itu, pemilik Reiber Auto yang dikenali sebagai Wanohar mengumumkan bengkel kereta berkenaan ditutup buat sementara waktu bagi memberi penghormatan buat Allahyarham Bad.
Sebelum ini, Allahyarham Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.
Allahyarham Bad kemudian terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan. HM
Allahyarham Bad Indigo dikebumi selepas solat Jumaat hari ini
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa