Amelia Henderson hanya perlu bayar RM10,000 langgar kontrak

Amelia Henderson hanya perlu bayar RM10,000 langgar kontrak

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan rayuan Amelia Henderson sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen supaya pelakon itu membayar lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd membabitkan pelanggaran kontrak drama.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong, mengarahkan Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, membayar ganti rugi RM10,000 dan faedah lima peratus secara tahunan bermula hari ini kerana melanggar kontrak berkenaan.



Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan saman syarikat terbabit kerana pelanggaran kontrak penggambaran drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’.

Hakim, Zulqarnain Hassan, memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A Aida atau Datuk Zaidah Awang sebagai plaintif.

Hakim itu turut membenarkan permohonan A Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya, selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagram @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah.

Pada 28 Julai 2022, A Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama berkenaan.



Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia menerima bayaran pertama RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberi komitmen penuh bagi menjayakan drama itu.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan untuk menarik diri walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak, sebelum notis penamatan kontrak diberikan kepada pelakon berdarah kacukan India-Scotland itu. BH

Amelia Henderson hanya perlu bayar RM10,000 langgar kontrak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker