Hasif Upin jangan cepat koyak – Ziana

Hasif Upin jangan cepat koyak – Ziana

Ziana Zain, 55, menasihatkan penyanyi baharu, Hasif Upin, 29, supaya tidak membalas komen dan kecaman netizen yang memintanya berhenti menyanyi kerana dianggap tidak layak berduet dengannya.

Ziana berkata, jika Hasif membalas setiap komen ‘haters’ (pembenci) itu ia hanya akan memberi peluang dan ruang untuk dia menunjukkan kelemahannya kepada mereka.



“Jangan jawab komen ‘haters’ yang hanya satu peratus saja itu kerana yang penting, Hasif terbabit dalam bidang seni kerana minatnya dalam bidang nyanyian dan dia mahu buat persembahan,” katanya.

Ziana berkata, Hasif adalah penyanyi baharu dan secara kebetulan dia muncul dalam era media sosial di mana netizen bebas untuk mengkritik penyanyi baharu sepertinya.

“Biasalah, ‘jabatan netizen’ memang macam tu dan jangan ambil serius apa yang mereka cakap. Mungkin Hasif penyanyi baharu dan dia terasa dengan komen negatif daripada ‘haters’ itu.

“Jangan goyah dengan komen ‘haters’ kerana dia perlu terus melangkah dalam bidang nyanyian yang diceburinya itu,” katanya.



Terdahulu, Hasif meluahkan ada netizen memintanya berhenti menyanyi gara-gara dikatakan tidak layak berduet dengan Ziana menerusi lagu berjudul Waktu.

Hasif atau nama sebenar, Muhammad Hasif Sharuddin yang juga TikToker terkenal yang memiliki seramai 2.6 juta pengikut berkata, dia menerima kiriman mesej oleh ‘haters’ sebelum ‘menghentam’ di ruangan komen selepas mesejnya tidak dilayan.

“Sebenarnya akaun palsu ada mesej langsung (DM) saya. Dia beritahu ‘baik kau stop sajalah menyanyi dengan Ziana. Tak layaklah’.

“Saya tak layan pun mesej ini, saya cuma tengok saja. Kemudian esoknya, dia hentam pula dalam komen hantaran yang saya muat naik,” katanya



Sementara itu, Waktu kian mendapat tempat di halwa telinga pendengar yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja dengan gabungan itu sehingga meramalkan karya itu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Hasif Upin jangan cepat koyak – Ziana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker