GV10: Aliff Aziz tiada hak halang Sophia datang tonton

GV10: Aliff Aziz tiada hak halang Sophia datang tonton

Penyanyi Aliff Aziz menegaskan kehadiran aktres jelita, Sophia AlBarakbah ke konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10) malam tadi adalah di luar bidang kuasanya sebagai seorang peserta.

Menyedari kehadiran Sophia, pemilik nama penuh Mohammad Aliff Aziz, 32, memberitahu semua individu bebas untuk hadir ke konsert tersebut tanpa sebarang sekatan.



“Saya nampak dia (Sophia) dan mungkin datang untuk menemani sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan untuk GV Live+.

“Ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang. Takkanlah saya nak cakap dia tak boleh datang, orang itu dilarang hadir.

“Mungkin dia hadir untuk berseronok menyaksikan konsert minggu ini. Saya perasan dia datang pun masa saya naik pentas dan nak mula nak menyanyi,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Dalam pada itu, Aliff yang juga bekas juara GV8 enggan memberi terlalu banyak komen mengenai kehadiran aktres tersebut kerana dikhuatiri boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan orang ramai.



“Untuk saya beri komen banyak mengenai apakah perasaan melihat kehadirannya adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan pun.

“Sebab sebarang jawapan yang saya beri hanya akan mengundang orang ramai membuat sebarang spekulasi mengenai semua perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya.

Suami kepada pelakon Bella Astillah itu juga berkata, tugasnya hanyalah sebagai seorang peserta yang berjuang untuk memberikan persembahan terbaik di atas pentas.

“Untuk saya, berada di atas pentas hanyalah menjalankan tanggungjawab sebagai peserta dan menyampaikan lagu tugasan dengan sebaik mungkin.



“Selebihnya, adalah di luar bidang kuasa saya untuk bercakap banyak. Persoalan siapa yang hadir, untuk apa mereka datang, itu bukan sebahagian daripada tugas seorang peserta.

“Saya tiada apa-apa komen kot untuk perkara ini. Saya berada dalam bidang dan industri yang sama dengan dia, pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yang serupa juga,” katanya lagi.

Sekitar Januari lalu, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Bella Astillah.

Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan dia mengganggu Aliff.



Terdahulu, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. K Online

GV10: Aliff Aziz tiada hak halang Sophia datang tonton

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker