Da’i Syed tuntut RM1 Juta fitnah kes rogol

Da’i Syed tuntut RM1 Juta fitnah kes rogol

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dikhabarkan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta terhadap dua wanita yang didakwa telah memfitnahnya.

Jelas Syed, pampasan tersebut ialah ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya selain gangguan kesihatan mentalnya yang terjejas akibat fitnah kes rogol tersebut.



Pendakwah berusia 28 tahun itu juga turut menuntut agar dua individu terbabit memadam video mengaitkan namanya yang telah dimuat naik di media sosial.

Suami kepada Hana Ismail turut menuntut permohonan maaf bertulis daripada kedua-dua pihak bagi membuktikan penyesalan dan rasa insaf atas perbuatan fitnah itu.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu hendaklah dipersetujui olehnya terlebih dahulu sebelum ia dimuat naik ke akaun media sosial pihak terbabit.

Selain itu, dia turut menuntut aku janji bertulis daripada dua wanita tersebut agar tidak mengulangi perbuatan yang sama di masa akan datang.



Satu jaminan keselamatan bertulis daripada pihak kamu bahawa kamu, ahli keluarga, waris atau mana-mana ejen yang mempunyai perkaitan dengan kamu. Tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman hidup anak guam dan keluarga pada masa akan datang.

Jika dua pihak itu tidak melakukan seperti yang dituntut dalam tempoh tujuh hari, tindakan undang-undang sivil akan diteruskan terhadap mereka.

Da’i Syed tuntut RM1 Juta fitnah kes rogol

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker