ND Lala ‘hilang’ ketika sesi fotografi keluarga

ND Lala ‘hilang’ ketika sesi fotografi keluarga

Mengelak dari ditemubual media. Itulah yang dilakukan oleh pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala, di majlis pernikahan anaknya, Shila Amzah, yang berlangsung di Boathouse Ampang, di sini, pagi tadi.

ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh hadir untuk menikahkan Shila dan Ubai. Selepas majlis akad nikah dan doa selesai, dia dilihat tergesa-gesa berjalan keluar dan meninggalkan majlis.



Walaupun pihak media sudah bersedia menunggunya, ND Lala dilihat menggunakan pintu belakang bagi mengelak ditemubual.

Difahamkan tindakan itu dibuat selepas dirinya menjadi perhatian umum berikutan kontroversi dirinya berkahwin lagi dengan wanita yang dipercayai bernama Siti Munirah Abd Ghani.

Media juga mendapati ND Lala tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga dan pengantin. Malah, adik kepada Shila iaitu Syada, 25, juga tidak muncul pada sesi itu .

Pada majlis ini Shila Amzah, 33, selamat dinikahkan oleh ND Lala dengan pempengaruh media sosial, Ubai, 25, pada jam 10.27 pagi.



Terdahulu, selepas mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ di Instagram miliknya, isteri ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.

Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini.

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.



Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.

Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah, baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala untuk ditemubual disambut dingin apabila menerima notifikasi biru tanda dibaca tanpa mendapat balasan. HM

ND Lala ‘hilang’ ketika sesi fotografi keluarga



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker