Atlet kayak diseret pemandu mabuk ditidurkan

Atlet kayak diseret pemandu mabuk ditidurkan

Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias yang terbabit dalam kemalangan di Johor Bahru, Sabtu lalu terpaksa ditidurkan selepas selesai menjalani pembedahan selama lebih lima jam di sebuah hospital swasta, malam tadi.

Perkembangan itu dikongsikan Pegawai Eksekutif Persatuan Kanu Malaysia, Shafinas Osman, hari ini.



Beliau memaklumkan atlet berusia 20 tahun itu akan menjalani satu lagi pembedahan kerana memerlukan kulit baharu untuk ditampal di bahagian belakangnya yang cedera akibat diseret sejauh 600 meter (m) itu.

“Saya dimaklumkan pembedahan berjalan dengan lancar dengan bahagian pelvis kiri dan kanan di pasang plate.

“Skru turut dipasang di bahagian kaki kirinya serta tulang bahu kanan berdekatan dengan tulang selangka yang patah turut dipasang skru.

“Tapi ketika ini Siti terpaksa ditidurkan. Saya dimaklumkan bahagian belakangnya tak cukup kulit untuk menampung bahagian yang diseret itu.



“Kes Siti ini akan dirujuk dengan pakar pembedahan plastik untuk membincangkan bagaimana cara terbaik untuk menampung bahagian belakangnya,” katanya.

Menurut Shafinas, wakil persatuan sehingga kini masih belum boleh melawat Nurul Masyitah kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Nurul Masyitah dilaporkan mengalami retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat terbabit kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di Johoh Bahru, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi sebelum dirempuh kereta dipandu suspek dari arah belakang pada jam 4.30 petang.



Beliau berkata, kereta suspek dari arah belakang mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa.

Terdahulu, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang dalam satu kenyataan memaklumkan, Nurul Masyitah parah selepas dilanggar dan diseret sejuh 600 meter apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan.

Katanya, berdasarkan rakaman video pada papan pemuka sebuah kereta, Siti Nurul Masyitah yang mengambil jurusan kejuteraan mekanikal di politeknik itu dilanggar kereta yang dipandu dalam keadaan melulu dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter.

Nurul Masyitah adalah atlet kayak dan bot naga Malaysia yang membantu negara memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2023.



Berdasarkan hantaran yang tular dalam media sosial, dapat dilihat beberapa keping gambar ketika kemalangan yang dikongsi termasuk foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat tangan ‘peace’. BH

Atlet kayak diseret pemandu mabuk ditidurkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker