Wee Ka Siong mahu PM tamatkan derita mangsa kemalangan LRT, “Apa tunggu lagi?”

Bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong mahu kerajaan bersikap berperikemanusiaan dan menyelesaikan segera kes kemalangan yang membabitkan dua tren LRT yang bertembung pada Mei 2021 sehingga menyebabkan seorang wanita cedera parah.

Katanya, kes yang dijadualkan dibicarakan empat tahun lagi iaitu pada 2028 itu seharusnya diselesaikan di luar mahkamah, dan bukannya menggunakan prosedur mahkamah.

“Ditekankan, ini bukan salah Florence Lee, sebaliknya beliau adalah mangsa tragedi pengangkutan awam negara kita.



“Kecederaan yang dialami beliau dari segi fizikal dan emosi amat serius, tambahan lagi ia bukan berpunca daripada kecuaian sendiri.

“Beliau selaku mangsa hanya meminta pampasan untuk kehilangan pendapatannya dan juga untuk membayar kos rawatan, yang berjumlah RM113, 524.08.

“Ini satu permintaan yang munasabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Shahrir Salleh, minggu lalu menetapkan tarikh perbicaraan Florence Lee yang menyaman pemilik sistem LRT, Prasarana Malaysia Bhd, dan pengendalinya Rapid Rail Sdn Bhd berhubung kecederaan yang dialaminya akan bermula pada 10 Januari 2028.



Lee, 57, mendakwa nahas itu akibat kecuaian defendan selain pelanggaran kewajipan statutori.

Dia menuntut ganti rugi khas RM113,524.08, termasuk RM84,372.58 bagi perbelanjaan perubatan, fisioterapi, dan pemulihan, selain ganti rugi am, teruk dan teladan mengikut penilaian mahkamah.

Mengulas lanjut, Wee yang juga adalah presiden MCA berkata, sudah cukup tiga tahun Lee menderita dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak sepatut menyusahkanya lagi.

“Ini dengan memaksanya menanggung kos perundangan sementara menunggu kes dibawa ke mahkamah empat tahun lagi iaitu pada tahun 2028.



“Justeru, saya menggesa kerajaan supaya segera berjumpa dengan beliau, menilai tuntutannya dan memilih untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan membayar pampasan yang wajar kepadanya,” kata Wee.

Menurutnya, Anwar yang juga adalah menteri kewangan boleh mengambil tindakan pro-aktif untuk mencari penyelesaian terbaik memandangkan Prasarana Malaysia dan Rapid Rail adalah syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

“Apa tunggu lagi?” soalnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy



Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz



Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker