Lupa beli ‘jajan’, bini minta cerai dengan suami

Seorang wanita di negeri Uttar Pradesh meminta cerai daripada suaminya selepas tidak membelikannya paket Kurkure berharga 5 rupee (RM0.28 sen), lapor laman berita Wion News hari ini.

Kurkure ialah jenama sejenis makanan ringan pedas popular di India.

Menurut laporan media, wanita berkenaan ketagih dengan makanan ringan itu dan meminta suaminya membelikan satu paket Kurkure untuknya setiap hari.



Bagaimanapun, pada suatu hari, lelaki tersebut terlupa membeli makanan ringan itu, menyebabkan si isteri keluar dari rumah selepas bertengkar dengan suaminya.

Pasangan tersebut berkahwin tahun lalu dan ketika itu semuanya kelihatan baik pada mulanya.

Bagaimanapun, si suami dilaporkan mula risau tentang keinginan luar biasa isterinya terhadap makanan ringan jenama tersebut.

Si isteri bagaimanapun mendakwa bahawa dia meninggalkan rumah kerana dipukul oleh suaminya.



Polis sedang menyiasat dakwaan yang dibuat oleh pasangan itu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah



Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker