Amerika paksa syarikat China jual hartanah dekat pangkalan tentera

Amerika paksa syarikat China jual hartanah dekat pangkalan tentera

Rumah Putih semalam memberi masa 120 hari kepada sebuah syarikat China dan rakan kongsinya di utara Amerika Syarikat (AS), untuk menjual hartanah yang dibeli berhampiran pangkalan Tentera Udara AS di Wyoming.

Arahan itu didorong kebimbangan mungkin berlaku pengintipan terhadap lokasi yang menjadi sebahagian daripada depoh senjata nuklear negara itu,



Langkah itu dibuat ketika AS semakin bimbang terhadap risiko keselamatan negara susulan pembelian hartanah oleh syarikat asing, terutama dari China, berhampiran tapak tentera yang sensitif di AS.

Rumah Putih berkata, MineOne Partners Limited, yang dimiliki oleh warga China, bekerjasama dengan syarikat lain untuk membeli hartanah bagi tujuan perlombongan mata wang kripto pada Jun 2022.

Hartanah ini terletak dalam jarak 1.6 kilometer (km) dari Pangkalan Tentera Udara Francis E Warren yang terletak di Wyoming dan turut menempatkan sebahagian daripada senjata peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) AS.

“Hartanah milik asing yang hampir dengan pangkalan peluru berpandu strategik dan elemen utama senjata nuklear AS memungkinkan kehadiran peralatan khusus dan sumber asing untuk memudahkan aktiviti pengawasan atau pengintipan.



“Ini memberikan risiko keselamatan negara kepada negara,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

MineOne Partners bagaimanapun masih belum menjawab permintaan untuk mendapatkan maklum balas.

Pada 2022, Reuters melaporkan, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, sedang menyiasat pembuat peralatan telekomunikasi China, Huawei.

Ia didorong kebimbangan peralatan pada menara telekomunikasi yang dipasang di AS itu boleh menangkap maklumat sensitif daripada pangkalan tentera dan silo peluru berpandu, yang kemudiannya boleh dihantar oleh syarikat itu ke China.



CFIUS, panel berkuasa yang diketuai oleh Jabatan Perbendaharaan bagi meneliti pelaburan asing di AS untuk risiko keselamatan negara juga sedang menyemak Perjanjian MineOne Partners.

Undang-undang 2018 memperluaskan kuasa CFIUS untuk menyemak pemerolehan asing bagi beberapa pelaburan dalam urus niaga hartanah AS yang menimbulkan kebimbangan keselamatan negara.

Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen dalam satu kenyataan semalam, berkata arahan itu ‘menyerlahkan peranan penting penjaga pintu’ CFIUS.

Jelas beliau, ia berkhidmat untuk memastikan pelaburan asing tidak menjejaskan keselamatan negara AS, terutama berkaitan transaksi menimbulkan risiko kepada tentera AS yang sensitif serta membabitkan peralatan atau teknologi khusus. BH



Amerika paksa syarikat China jual hartanah dekat pangkalan tentera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search



Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam



Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker