Biodata Nia Atasha, model Victoria Secret

Biodata Nia Atasha, model Victoria Secret

Pelakon dan juga model, Nia Atasha semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan kerana bakatnya dalam bidang peragaan dan juga lakonan.

Baru-baru ini, Nia mengumumkan bahawa dia semakin melangkah ke hadapan dalam kariernya sebagai model apabila dia tampil sebagai salah seorang muka depan untuk kempen terbaru jenama pakaian dalam wanita terkenal, Victoria Secrets.



Memiliki wajah dan bentuk badan cantik, jom kita kenali dengan lebih ‘intim’ lagi tentang siapakah pemilik nama Nia Atasha ini.

1. Dikenali sebagai @sleepylllama di setiap platform media sosial yang dimilikinya.

2. Nama penuh Nia Atasha adalah Nia Atasha Binti Rosli dan dilahirkan pada 23 Julai 1996 di Kuala Lumpur.

3. Mempunyai pendidikan ijazah dalam jurusan rekaan grafik dan merupakan graduan daripada Universiti Teknologi Mara.



4. Mewakili ejen peragaan bagi Models Lab di Kuala Lumpur dan Wynn Models Indonesia

5. Memulakan kerjaya awalnya sebagai model selepas tamat sekolah menengah dan drama pertama yang dibintangi adalah Inikah Dikatakan Cinta arahan Jurey Latiff Rosli.

6. Antara drama dan filem yang dibintangi Nia adalah seperti Budak Tebing 3, Kuasa, IMperfect, Ceroboh, Gila Gusti dan Life Lila. Pernah mengacara program Hlive di saluran Astro.



7. Sangat mengagumi karya Haruki Murakami dan memilih signatur fesyen yang sedikit edgyness.

8. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan personaliti TV Qi Razali namun putus pada awal tahun 2020 yang lalu.

9. Memiliki studio sendiri yang diberi nama Sleepy Studio di mana Nia berkongsikan karya-karya yang dihasilkan seperti lukisan abstrak, arca dan hasil seni yang lain.



10. Nia mungkin akan bekerja dengan sebuah syarikat kreatif, 9am-5pm jika tidak terlibat dalam dunia peragaan dan lakonan.

Biodata Nia Atasha, model Victoria Secret

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker