Inspektor Sheila tak dapat lawan saya – DS Vida

Hanya Iqbal tahu kehebatan saya

Inspektor Sheila tak dapat lawan saya – DS Vida

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida menganggap kisah bekas teman lelakinya, Ahmad Iqbal Zulkefli sekadar gimik murahan memandangkan tiada kisah ‘viral’ membabitkan lelaki itu.

Kata DS Vida, Iqbal tidak akan bertemu dengan pengganti yang lebih baik dan sehebat dirinya.

Dia tak akan jumpa orang sehebat saya. Sheila belum cukup miliki kriteria seperti saya, hanya Iqbal sahaja tahu kelebihan saya.
Ujarnya lagi, Iqbal hanya ingin menumpang populariti kisah pegawai polis itu memandangkan kes membabitkan Sheila kini sedang hangat diperkatakan.

Iqbal tu ‘mat celah’, asyik tumpang populariti orang. Dia dah sendu! Cuba berdiri atas kaki sendiri.
DS Vida dalam pada itu berharap agar Iqbal tidak cuba memainkan hati mana-mana wanita di luar sana dengan sewenangnya.

Cerita usahawan kosmetik itu lagi, dia dan Iqbal sudah lama tidak berjumpa kerana masih berselisihan faham.

Kami sudah tiada apa-apa hubungan, saya pun tak mahu jumpa dia. Kami masih bergaduh dan tidak akan berbaik sampai bila-bila.

Terdahulu, Iqbal ada memaklumkan bahawa Inspektor Sheila mempunyai ciri-ciri wanita yang disukainya.

Dia juga terbuka mengatakan ingin mencuba nasib memenangi hati pegawai polis itu kerana kesunyian dan tiada kekasih.

Inspektor Sheila tak dapat lawan saya – DS Vida

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker