Neelofa terluka ‘privasi’ diceroboh

Neelofa terluka ‘privasi’ diceroboh

Hatinya pernah terluka apabila hak sebagai ibu dinafikan dan privasi keluarganya diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab.

Perkara ini terjadi selepas selebriti popular, Neelofa melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Bilal pada Januari tahun lalu.



Ketika itu, pengacara popular itu bersama suaminya, PU Riz tegar memegang pendirian tidak mendedahkan wajah bayi dalam media sosial hingga tiba masa yang dirasakan sesuai.

Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan polemik dalam kalangan netizen hingga mengakibatkan pasangan selebriti popular itu menjadi bahan kecaman.

Lebih membuatkan Neelofa tersinggung apabila ada individu sengaja mendedahkan wajah comel bayi lelakinya itu dalam media sosial tanpa memikirkan perasaannya.

Bakal melahirkan cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat ini, pemilik nama lengkap, Noor Neelofa Mohd Noor ini sekali lagi memohon pengertian agar menghormati pendirian mana-mana ibu bapa yang belum bersedia mempamerkan wajah anak untuk tatapan pengikut dalam media sosial.



“Nak kata terlalu bimbang tidaklah… Cuma, seboleh-bolehnya saya nak perkara itu (dedah wajah anak) dibuat atas kehendak sendiri.

“Bukanlah nak sorok atau tak mahu orang lain tengok wajah anak, bukan begitu. Adalah sebab-sebabnya dan kita percaya secara realitinya adalah sah.

“Jika ada ibu bapa lain yang mendengar pendapat ini, saya percaya mereka juga bersetuju bahawa ia adalah hak masing-masing.

“Kalau boleh cakap sebagai seorang ibu, saya harap sangat orang ramai boleh faham dan menghormati keputusan kami,” katanya.



Tambah Neelofa, dia memahami kehendak peminat yang begitu teruja melihat cahaya matanya, namun apa yang didambakan adalah kesabaran menantikan detik itu.

“Dalam kes saya, mungkin disebabkan banyak mata memandang dan perhatian yang diberikan terhadap saya menyebabkan tempiasnya turut terkena pada anak.

“Sebelum wajah Bilal tular, kami tetap bawa dia berjalan-jalan, tak adalah nak sorok atau tutup mukanya dengan guni.

“Kalau ada peminat ternampak, mereka masih ada perasaan hormat dan tidak merakamkan foto dan atau tularkan dalam media sosial.



“Mereka sudah sedia maklum dengan pendirian kami yang akan berkongsi foto Bilal bila tiba masanya nanti,” ungkap Neelofa ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney X Naelofar, di The Starhill, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis itu, bekas pengacara Nona ini melancarkan koleksi bertemakan Aladdin yang diambil daripada karakter animasi popular terbitan Disney itu.

Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz memilih untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kerana mahu melindungi bayinya itu daripada terkena penyakit Ain.

Berkongsi perkembangan Bilal yang sudah menginjak usia 16 bulan, penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) ini mengakui, seronok kerana anaknya itu sudah boleh diajak bermain.



“Usia Bilal sekarang setahun empat bulan dan membesar dengan cepat. Dia sudah pandai usik-usik, menyorok dan boleh diajak bermain.

“Seperkara yang membuatkan kami teruja setiap kali saya dan suami solat berjemaah, Bilal akan duduk atas sejadah dibentang bersebelahan bapanya itu.

“Daripada Bilal tak boleh berjalan, saya akan meletakkannya sebelah suami setiap kali bersolat. Dan nampaknya bila Bilal semakin membesar, boleh berjalan dan sudah terbiasa dengan rutin ini,” cerita wanita yang terkenal dengan imej berniqab ini.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Ismail pada 27 Mac 2021 selepas mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020.



Meskipun sudah mengetahui jantina anak kedua, pasangan ini belum bersedia untuk berkongsi kepada umum. BH

Neelofa terluka ‘privasi’ diceroboh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker