Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan telah membuat serbuan ke rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, sumber yang dekat dengan kepimpinan Bersatu mengesahkan serbuan itu.



Ya, ia (serbuan) dibuat semalam,” kata sumber

Terdahulu, laporan The Star dan Free Malaysia Today memetik sumber sebagai mendakwa LHDN telah menyerbu kediaman ahli parlimen Larut itu

The Star melaporkan serbuan diadakan pada pagi semalam, sementara laporan Free Malaysia Today menyatakan ia dibuat malam semalam.

Menurut laporan The Star, serbuan dibuat ekoran “dakwaan cukai pendapatan yang tak dilaporkan”.



Menurut The Star, sumber mendakwa yang Hamzah berada di rumah ketika serbuan dan fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan aset telah dirampas.

Sumber yang dekat dengan Hamzah dipetik berkata ia merupakan “tindakan bermotifkan politik oleh pihak berkuasa” memandangkan pemimpin Bersatu itu sentiasa merekodkan cukainya.

“LHDN tidak menyatakan secara terperinci sebab serbuan sama ada berkaitan cukai melibatkan syarikat atau projek tertentu atau tidak.

“Hamzah masih menunggu dokumen dari LHDN,” katanya.



Malaysiakini telah menghubungi Bersatu dan pemimpin Bersatu untuk mendapatkan pengesahan dan komen berhubung perkara ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?



Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker