Sondol rumah tangga Farid, ini kata Ahirine

Sondol rumah tangga Farid, ini kata Ahirine

Hanya disebabkan bergandingan dalam filem Remp-It 2, tahun lalu, nama pelakon baharu, Ahirine Ahirudin, 27, dituduh sebagai ‘penyondol’ dan punca kemelut rumah tangga bintang sensasi, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle.

Secara kebetulan, kehadiran wanita tinggi lampai yang pernah bertugas sebagai wartawan penyiaran itu ketika rumah tangga Farid dan Diana sedang berantakan.



Tak pasal-pasal Ahirine dituduh sebagai penyondol, sedangkan hanya bergandingan dengan Farid dalam filem itu.

Tidak selesa dengan gosip negatif yang dilemparkan, Ahirine membolosi dua kategori iaitu Aktres Filem Popular dan Couple Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 berkata, dia tidak selesa dikaitkan dengan Farid, apatah lagi, menerima tuduhan bukan-bukan.

“Sejak awal, saya memang hati-hati, apatah lagi, Farid sudah berkahwin.

“Cuma, apabila berada dalam industri hiburan, kita tidak boleh mengelakkan daripada dikaitkan dengan gosip liar. Namun, saya berharap tidak lagi dikaitkan dengan sesiapa.



“Hubungan saya dan Farid tidak lebih sebagai rakan pelakon. Tetapi, kami mudah serasi.

“Ini kerana kami mempunyai minat sama dalam sukan permotoran dan seni mempertahankan diri, Muay Thai.

“Sebelum ini, Diana dan anak-anaknya turut datang memberikan sokongan ketika sesi latihan, jadi saya pelik macam mana boleh timbul isu penyondol?,” katanya kepada BH Online.

Bagi Ahirine, dia bersikap terbuka berkongsi kisah peribadi dengan peminat.



“Perkara ini adalah normal, sama ada bersedia atau tidak, saya kena juga melaluinya.

“Namun, jika mahu bercakap soal hubungan peribadi, saya sebenarnya lebih memberi fokus kepada kerjaya lakonan dan seni mempertahankan diri, Muay Thai.

“Kesibukan dengan pelbagai aktiviti membuatkan saya bimbang tidak dapat memberikan perhatian kepada hubungan istimewa.

“Jadi, buat masa ini, saya lebih selesa memberikan fokus kepada kerja,” katanya.



Mengulas berjaya membolosi dua kategori dalam ABPBH 35, gadis tinggi lampai itu berkata, dia bersyukur dan tak sangka nama layak dicalonkan.

“Banyak lagi yang saya perlu belajar untuk terus bertahan dalam industri seni, semuanya bukan perkara mudah.

“Insya-Allah, saya berhasrat hendak bertemu peminat bagi merapatkan lagi hubungan.

“Tanpa peminat, saya tidak akan berada di sini dan sangat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa meniupkan kata semangat, lebih lagi selepas dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Farid,” katanya.



Terdahulu, Ahirine pernah terbabit dengan kerja aksi lagak ngeri dalam beberapa projek termasuklah drama bersiri The Bridge dan Gol & Gincu Vol 2.

Mula diangkat sebagai heroin menerusi filem Gadis Jolobu The Movie, tahun lalu. BH

Sondol rumah tangga Farid, ini kata Ahirine

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker