Fadlan uji kejantanan bertunang wanita Kazakhstan

Fadlan uji kejantanan bertunang wanita Kazakhstan

Pelakon Fadlan Hazim mengesahkan sudah bertunang dengan wanita pilihannya yang juga warga negara Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29.

Fadlan atau nama sebenarnya, Fadlan Hazim Anuwar, 31, berkata majlis pertunangan berlangsung di kediaman tunangnya di Kazakhstan pada 1 Oktober tahun lalu.



“Saya ke Kazakhstan bertemu keluarga tunang pada Oktober tahun lalu. Majlis pertunangan berlangsung di kediaman keluarga dan saya datang seorang diri.

“Tak dinafikan, gementar juga. Memandangkan menghadapi masalah bahasa kerana mereka tidak fasih berbahasa Inggeris dan hanya bertutur dalam bahasa Russia, saya terpaksa menggunakan terjemahan dalam telefon untuk menyatakan hasrat melamar anak mereka.

“Saya bukan nak sorokkan pertunangan, cuma saya tidak mahu terlalu berkongsi. Takut tak jadi saya pula kena jawab,” katanya.

Fadlan ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan cawangan baharu gimnasium Elitez MMA milik pelakon Andy Teh di Setia Alam, Shah Alam, di sini, hari ini.



Kali pertama bertemu keluarga tunangnya, Fadlan berkata, dia sempat mengenali budaya masyarakat setempat yang agak pelik iaitu kaum lelaki perlu melalui beberapa ujian bagi menguji ‘kejantanan’ dan kesungguhan untuk berumah tangga.

“Saya pun tak tahu kena lalu ujian berkenaan. Tunang tidak memberitahu saya soal ini.

“Cuma meminta saya mengikut sahaja arahan diberi keluarganya. Antara yang perlu saya lakukan adalah berjalan atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.

“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan, saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” imbaunya.



Di sebalik cabaran dilalui, pelakon drama Kampung People 3 ini meluahkan rasa syukur kerana berpeluang mengenali budaya asing yang bakal menjadi sebahagian hidupnya.

Beralih perancangan mendirikan rumah tangga, aktor kacak ini belum mempunyai sebarang tarikh, namun majlis dijangka akan diadakan penghujung tahun ini.

“Belum ada tarikh tetap lagi. Sekarang saya sedang menguruskan dokumen sebab prosedur berkahwin dengan orang asing agak rumit.

“Sudah sampai masanya untuk saya berkahwin. Semua rakan sudah beristeri dan usia saya pun bukan muda lagi,” ungkap Fadlan. BH



Fadlan uji kejantanan bertunang wanita Kazakhstan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker