Taktik lama guna penahanan pekerja elak bayar gaji


PETALING JAYA: Majikan membuat laporan terhadap pekerja asing kepada Jabatan Imigresen bagi mengelak membayar gaji pekerja bukanlah perkara baharu, aktivis berkata pekerja asing sudah sekian lama digunakan sebagai gadaian dalam meminimumkan kos perniagaan.

Adbul Aziz Ismail yang juga ahli Majlis Pemerdagangan Manusia Selangor berkata, beliau sudah pun menyedari wujud kes berkenaan sejak 1990-an dan turut terbabit dalam beberapa kes pada pertengahan 2000.

Syarikat terbabit adalah dalam sektor pembinaan dan perladangan, katanya.

“Satu daripada kes berkenaan, terdapat 40 pekerja yang sudah bekerja lebih 10 bulan tidak dibayar gaji,” katanya dan majikan membiarkan pekerja terbabit ditahan dan ditangkap bagi mengelak membayar gaji tertunggak.



Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memberitahu wartawan bahawa kementeriannya sedang meneliti dakwaan berkenaan dengan segelintir perniagaan memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan pekerja mereka ditahan, ditangkap atau dihantar pulang.

Adbul Aziz berkata ada syarikat yang terbabit “mengitar” pekerja.

“Mereka menukar kouta mereka. Selepas sebahagian ditahan, mereka berhubung dengan ejen pengambilan pekerja untuk menggantikan mereka.”

Beliau mendakwa terdapat kejadian rasuah di antara mereka yang terlibat dalam pemberian pas antara ejen pekerja kerana jumlah perolehan pergantian pekerja yang tinggi membolehkan mereka mengurangkan bayaran yang diperlukan ketika memohon permit.



Glorene Das, pengarah eksekutif kumpulan hak Tenaganita, berkata, kumpulan itu telah menangani sejumlah kes serupa, terutama di sektor pembinaan.

“Banyak pekerja ditangkap, didakwa, banyak juga dihukum, kemudian dihantar pulang seperti penjenayah, dan tidak pernah dibayar gaji.

“Kes-kes ini diserahkan kepada kami oleh NGO di negara asal mereka, dan kadang-kadang keluarga dan rakan mereka.”

Glorene berkata, beliau menyedari kes-kes di mana pelarian dan pencari suaka secara diambil bekerja secara tidak beretika dengan janji gaji yang lumayan setelah projek siap, dan hanya membayar sejumlah kecil untuk memastikan mereka berpuas hati.



“Kemudian ketika pekerja mulai menuntut gaji ketika projek hampir siap, serbuan berlaku.”

Beliau berkata, hukuman berat harus dikenakan bukan hanya kepada majikan, tetapi “kumpulan berkepentingan besar yang bertanggung jawab” ke atas amalan yang tidak bermoral itu, termasuk pelabur dan agensi pengambilan pekerja.

“Denda dan kompaun memberikan impak, tetapi jika lesen mereka ditarik balik untuk tempoh waktu tertentu ia mungkin berkesan begitu juga dengan membekukan akaun bank mereka dan memalukan pelaku.”

Katanya, sudah tiba masa sistem pengambilan pekerja dinilai semula dengan dasar migrasi buruh asing kebangsaan digubal. FMT



Kediaman pekerja asing jadi syarat dapatkan kelulusan perintah pembangunan – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker