Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib kemuka keterangan baharu

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib kemuka keterangan baharu

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya untuk membuktikan wujud konflik kepentingan yang berat bagi hakim Nazlan Mohd Ghazali ketika mempengerusikan perbicaraan SRC International dua tahun lepas.

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata, permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan tidak memenuhi syarat undang-undang.

Hakim lain yang mendengar permohonan Najib ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Zabidin Mohd Diah.



Dalam permohonannya, Najib berkata, Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mempengerusikan perbicaraan itu kerana terlibat dalam perbincangan dan membuat keputusan pembentukan SRC sebagai anak syarikat 1MDB serta pemberian kemudahan pinjaman dan kredit untuk manfaat SRC dan 1MDB.

Nazlan ialah peguam am kumpulan Maybank dan setiausaha syarikat pada masa itu.

Usul peguam Najib memohon keterangan lisan diambil daripada bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pegawai penyiasat kes SRC Rosli Hussein dan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Zamri Zainul Abidin, Asrul Ridzuan Ahmad Rustami, dan Noor Syazana Kamin) yang merakam kenyataan Nazlan semasa siasatan awal tahun ini

Pada Julai 2020, Najib disabitkan dengan tujuh tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Sabitannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Dis tahun lepas.



Mahkamah juga mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib. Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib kemuka keterangan baharu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker