Julia Farhana bertudung, jaga solat, bersihkan hati, jaga pertuturan

Julia Farhana bertudung, jaga solat, bersihkan hati, jaga pertuturan

Pelakon, Julia Farhana Marin, 28, mengakui hatinya berasa sangat tenang dan lebih dekat dengan Allah SWT sejak mula bertudung beberapa hari lalu.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Itali ini, dia memutuskan untuk bertudung tanpa paksaan atau permintaan daripada sesiapa pun.



“Alhamdulillah, saya ikhlas bertudung kerana Allah. Pada mulanya, saya berniat untuk bertudung pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti, tetapi akhirnya saya putuskan untuk terus mengenakan tudung dari sekarang. Doakan saya untuk terus kekal istiqomah dengan penampilan baru ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang itu, suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, paling banyak memberi dorongan kepadanya untuk berubah dan mendalami agama Islam sebelum mereka berkahwin lagi.

“Suamilah orang yang paling gembira bila melihat penghijrahan saya ini. Saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan dia tidak pernah letak syarat untuk bertudung bila sudah berkahwin. Semuanya berlaku secara berperingkat bermula dari pakaian.

“Suami banyak memberi bimbingan dari segi tanggungjawab sebagai wanita Islam dengan menutup aurat, menjaga solat lima waktu dan membaca al-Quran,” katanya.



Mengulas mengenai gambar lamanya ketika belum bertudung, Julia berkata, dia sudah memadam semuanya di Instagram.

“Saya putuskan untuk memadam semua gambar tidak bertudung kerana tidak mahu ia membawa kembali ke zaman silam.

“Saya mahu berubah bukan sekadar menutup aurat saja, tetapi dari pelbagai aspek lain seperti pertuturan, bersihkan hati, menjaga solat dan hubungan dengan orang sekeliling,” katanya. HM

Julia Farhana bertudung, jaga solat, bersihkan hati, jaga pertuturan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker