Najis tikus di restoran hotel

Dua restoran hotel ada najis tikus diarah tutup

Najis tikus di restoran hotel

MELAKA – Dua daripada 44 restoran hotel di negeri ini diarah tutup sementara ekoran gagal mematuhi tahap kebersihan termasuk mempunyai najis tikus.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata,
selain itu, lapan buah hotel juga dikompaun kerana terdapat tempat pembiakan jentik-jentik.



Menurutnya, tindakan itu dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Unit Inspektorat dan Perundangan JKN yang menjalankan pemantauan keselamatan makanan dan kebersihan premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi kerja-kerja pembersihan.

Operasi selama dua hari bermula Rabu lalu turut dilakukan di bawah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan kebersihan persekitaran hotel di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975).

“Operasi ini dijalankan menjelang Ramadan minggu hadapan yang mana dua restoran hotel terpaksa diarah tutup sementara kerana kotor termasuk mempunyai najis tikus.

“Selain itu, pemeriksaan mendapati lapan hotel dikenal pasti ada tempat pembiakan jentik-jentik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Tambahnya, sebanyak 17 kompaun kesalahan turut dikeluarkan dengan nilai RM4,250 atas kesalahan tidak memasang papan tanda larangan merokok.

“Manakala bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, sebanyak 46 kompaun kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai RM18,750 terhadap 25 buah hotel,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan dan kebersihan premis pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau membuat aduan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my. MG

Najis tikus di restoran hotel



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Parti lain tak minta pun pemimpin letak jawatan lepas kalah PRU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker