Kerajaan ambil semua wang saya – Roger Ng

Kerajaan ambil semua wang saya – Roger Ng

Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng yang dihukum penjara 10 tahun pada minggu lalu kerana terbabit skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mendakwa tidak mampu memenuhi tuntutan pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) untuk dia turut membayar AS$35 juta (RM157.18 juta), kerana Kerajaan Malaysia sudah mengambil semua wangnya.

Pendakwa raya persekutuan telah memohon Hakim Margo Brodie di Brooklyn, New York, supaya memerintahkan Ng dilucuthakkan jumlah itu berikutan wang diperoleh secara haram daripada konspirasi merompak dana kekayaan Malaysia, ketika dijatuhi hukuman pada 9 Mac lalu.

Peguam Ng, Marc Agnifilo, berhujah bahawa tiada penalti lain diperlukan dan anak guamnya tidak mempunyai dana dalam sebarang kes, menurut laporan Bloomberg.

Brodie tidak membuat keputusan berhubung isu pelucuthakan berkenaan pada minggu lalu. Rabu lalu, hakim berkenaan memerintahkan kedua-dua belah pihak terbabit untuk mengemukakan hujah sama ada jumlah diminta pendakwa raya itu melanggar Pindaan Kelapan yang melarang denda berlebihan berserta hukuman kejam atau luar biasa.

Pihak Ng, 51, berhujah bahawa Kerajaan Malaysia sudah merampas lebih AS$35 juta (RM157.18 juta) dari 11 akaun yang dipegang keluarganya. Dalam satu pemfailan di mahkamah, Agnifilo menegaskan rampasan itu bertujuan sebagai hukuman dan bukannya pemulangan dana.

“Pegawai polis di Malaysia amat jelas bahawa polis mahukan semua wang dalam akaun berlainan itu; bukan sekadar pemulangan dana 1MDB yang dikesan,” tulis Agnifilo.

Walaupun mendakwa terdapat asas lain untuk menolak tuntutan AS berhubung pelucuthakan itu, Agnifilo turut berhujah bahawa ia melanggar Pindaan Kelapan.

Brodie berkata, beliau percaya pelucuthakan ‘diperlukan mengikut undang-undang’ bagi jenayah yang disabitkan ke atas Ng, namun mahu kedua-dua pihak menangani hujah Ng bahawa tuntutan AS$35 juta itu adalah sangat tidak wajar. BH

Kerajaan ambil semua wang saya – Roger Ng

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker