Boleh bincang jika sukar bayar balik pinjaman MARA – Asyraf

Boleh bincang jika sukar bayar balik pinjaman MARA – Asyraf

Peminjam yang benar-benar berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran balik pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) disarankan supaya berbincang dengan agensi berkenaan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ramai individu yang mengadu kepadanya setelah dihubungi MARA atau peguam agar membuat bayaran balik pinjaman.



Menurut beliau, prinsip asas dalam muamalah Islam berkaitan pinjaman (qard) adalah jelas bahawa setiap pinjaman yang dilakukan wajib dibayar.

“Namun untuk pemberi pinjaman pula wajar ada sikap ihsan dan bertimbang rasa.

“Ini termasuklah memanjangkan tempoh pembayaran balik jika seseorang peminjam itu mengalami kepayahan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Asyraf memberitahu, beliau telah berbincang dengan bahagian pembayaran balik pinjaman MARA untuk bersikap ihsan dengan mengadakan perbincangan bersama peminjam-peminjam yang berdepan kesukaran hidup.



“Masalahnya, ramai juga yang menyepikan diri langsung buat tak tahu sesudah tiba tempoh masa untuk membayar balik,” jelasnya. MG

Boleh bincang jika sukar bayar balik pinjaman MARA – Asyraf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker