Zahid ucap ‘Selamat Berjaya’ kepada Muhyiddin

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi nampaknya tidak terkesan dengan kenyataan Muhyiddin Yassin yang mencabar SPRM untuk turut menyiasatnya.

Zahid berkata dia sudah pun berdepan dengan tindakan sedemikian dan berharap presiden Bersatu itu menghadapi pertuduhan terhadapnya dengan hati yang terbuka.

“Saya sentiasa terbuka. Saya pernah disiasat dan pernah dibawa ke mahkamah. Saya bersedia pada bila-bila masa.

“Tapi janganlah tepuk air di dulang, muka kita terpercik. Jangan juga ludah ke langit, pasti ludah akan ke muka sendiri.

“Jadi hadapilah apa-apa yang patut dihadapi kerana saya pernah menghadapinya. Saya ucapkan selamat berjaya kepadanya (Muhyiddin),” katanya seperti dipetik Harian Metro di Johor Bahru, hari ini.

Muhyiddin menyuarakan cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar dalam perhimpunan agung tahunan Bersatu di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini.

Dia berkata SPRM perlu turut menyiasat Zahid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang didakwanya turut ada menerima sumbangan politik daripada ahli perniagaan.

“Saya nak cabar SPRM untuk siasat, siasat presiden PKR dan presiden Umno. Siasat di mana punca dana yang diterima oleh Umno dan PKR. Di manakah sumber (dana) yang mereka peroleh,” katanya.

Jumaat lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, atas enam pertuduhan, membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Muhyiddin juga dijangka akan dihadapkan dengan sejumlah pertuduhan lagi esok.

Dia dan sejumlah pemimpin PN membayangkan dana itu merupakan sumbangan politik.

Untuk rekod, Zahid kini masih berdepan perbicaraan untuk dua kes rasuah, antaranya melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM31 juta.

Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN). Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker