Campa Cola saingi Coca-Cola

Manusia terkaya Asia mahu perkenal semula Campa Cola saingi Coca-Cola

Campa Cola saingi Coca-Cola

NEW DELHI – Individu terkaya Asia, Mukesh Ambani mengumumkan rancangan untuk melancarkan semula jenama soda ikonik tahun 1970-an, Campa Cola yang pernah menyaingi Coca-Cola dan Pepsi, lapor saluran berita CNN semalam.

Pengumuman mengenainya mencetuskan gelombang nostalgia di media sosial dalam kalangan berjuta-juta penduduk India yang membesar dengan meminum Campa Cola.

Kumpulan Reliance diterajui Ambani menyatakan, pihaknya akan memperkenalkan semula Campa Cola ke dalam pasaran minuman bukan alkohol bernilai berbilion-bilion dolar di India pada musim panas ini.

Ia akan dilancarkan dalam tiga perisa iaitu cola, lemon dan oren, demikian menurut CNN.

Jenama itu mengisi kekosongan di negara Asia Selatan tersebut ketika pesaingnya yang lebih terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Coca-Cola terpaksa meninggalkan pasaran India buat sementara waktu.

Berita tentang Campa Cola menimbulkan minat mendalam daripada penduduk India pertengahan usia yang masih pernah meminumnya semasa muda.

Seorang penduduk, Shailesh Desai, 60, dari Mumbai, memberitahu CNN bahawa dia mengingati minum Campa Cola bagi menenggelamkan kebimbangan kerana perlu memberitahu bapanya tentang markah rendah yang diperoleh dalam peperiksaan.

Katanya, minuman Campa Cola juga meningkatkan keyakinan untuk berkenalan dengan seorang gadis yang diminatinya.

Seorang lagi penduduk, Sukant Khurana menulis di laman Twitter bahawa dia masih ingat meminta datuknya membelikannya minuman itu.

“Begitu banyak kenangan zaman kanak-kanak. Jika rasanya seperti itu, Campa Cola akan dijual seperti nostalgia lalu,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi peminat minuman itu, Atul Mohan menulis di Twitter bahawa beberapa jenama kekal abadi: “Orang masih bertanya, adakah anda akan minum Campa?”

Walaupun Coca-Cola diperkenalkan di India dalam tahun 1950-an, syarikat pengeluar minuman itu telah menarik diri dari pasaran lebih dua dekad kemudian apabila kerajaan India memperkenalkan peraturan yang memerlukannya Coca-Cola mendedahkan formula ramuannya.

Berikutan ketiadaannya, Campa Cola menjadi minuman alternatif di India yang sangat popular dan tidak lama kemudian berkembang untuk menerajui pasaran minuman ringan negara itu.

Seperti pesaing AS, popularitinya didorong oleh kempen pengiklanan yang menarik minat belia India.

Pelakon Bollywood, Salman Khan muncul dalam salah satu kempen televisyennya yang lebih terkenal manakala iklan cetakannya popular dengan ilustrasi seni pop dan warna berani.

Ia juga mempunyai ‘tag line’ dengan sedikit tarikan kepada patriotisme: “The Great Indian Taste.”

Bagaimanapun, populariti Campa Cola merudum pada tahun 1990-an apabila Perdana Menteri India ketika itu, PV Narasimha Rao dan Menteri Kewangan, Manmohan Singh membuka negara itu kepada pelaburan asing.

Jenama cola asing membuat kemunculan semula dengan Coca-Cola kembali pada tahun 1993 dan Pepsi serta Fanta juga menjadi popular, manakala Campa Cola secara beransur-ansur hilang dari gerai dan rak di seluruh negara tersebut. K Online

Campa Cola saingi Coca-Cola

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker