Muhyiddin jangan tidur lewat, esok pagi akan ada pendakwaan lagi

Selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung wang dalam parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin akan dituduh pukul 8.30 pagi dan pendakwaan mengemukakan satu pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan kepada media hari ini memaklumkan mendapat izin mendakwa seorang Ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen esok.

Kelmarin, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta tiga tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dengan enam pertuduhan tersebut menjadikan Muhyiddin yang popular digelar ‘abah’ itu merupakan bekas Perdana Menteri kedua didakwa di mahkamah selepas Datuk Seri Najib Tun Razak

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker