2 lelaki ditahan disyaki ugut kumpulan Radja

Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ugutan jenayah dan kata-kata kesat terhadap kumpulan rock Indonesia, kumpulan Radja ditahan petang tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kedua-dua lelaki tersebut ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) kira-kira pukul 3.30 petang.

“Hasil siasatan mendapati, suspek berusia 37 dan 48 tahun itu adalah seorang lelaki tempatan dan lelaki warga asing.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Mereka boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kamarul Zaman memberitahu pihaknya menerima laporan polis pada pukul 05.34 pagi mengenai kejadian tersebut.

Difahamkan, insiden bermula ekoran berlaku salah faham antara pihak penganjur konsert dan juga band berkenaan sehingga menyebabkan dua lelaki melempar kata-kata kesat dan ancaman bunuh

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker