Pelancong buat tidak senonoh di Taman Ghibli buat gabenor berang

Gambar fail menunjukkan dua pelawat merakamkan gambar patung yang dipamerkan di Taman Ghibli, Nagakute.

Gabenor Aichi, Hideaki Omura meluahkan kemarahan terhadap gambar-gambar memaparkan individu melakukan aksi tidak senonoh di Taman Ghibli yang disiarkan di laman Twitter, lapor portal berita The Mainichi Shimbun kelmarin.

Imej itu termasuk individu meraba dada patung wanita.

Omura berkata: “Perbuatan mereka amat dikesali. Kami akan mengambil tindakan tegas kerana ia (Taman Ghibli) digazetkan sebagai taman wilayah.”

Beliau akan meminta syarikat pengendali taman awam berkenaan, Ghibli Park Co menghentikan serta-merta sebarang tingkah laku tidak wajar oleh pelawat ketika bergambar dengan patung-patung di taman berkenaan.

Taman Ghibli di bandar Nagakute dibangunkan oleh Kerajaan Wilayah Aichi dengan kos keseluruhan kira-kira 34 bilion yen (RM1.13 bilion) dan dibuka pada November 2022.

Di taman itu, pengunjung boleh merakam  gambar dengan patung-patung yang merupakan watak dalam filem Ghibli.

Namun, gambar tidak senonoh  tetamu seperti memegang dada patung watak wanita dan merakamkan gambar dalam skirt arca  perempuan di taman tersebut telah disiarkan secara online.

Ketika ditanya mengenai perkara itu pada satu sidang media, Omura berkata: “Taman Ghibli adalah tempat untuk orang dewasa dan kanak-kanak bergembira sambil merasai pengalaman filem Ghibli. Saya tidak mahu orang melakukan perkara yang dianggap menyinggung perasaan di taman ini.” – Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker