Wanita selamba masak mi segera dalam kereta api

Wanita selamba masak mi segera dalam kereta api

Wanita selamba masak mi segera dalam kereta api
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu memasak mi segera menggunakan periuk elektrik di dalam kereta api. – InstagramBijirin & Pasta

JAKARTA – Seorang penumpang wanita di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas merakam dirinya memasak mi segera menggunakan periuk elektrik di dalam kereta api, lapor portal berita Tribunnews.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pikiranrakyat menunjukkan wanita bernama Murhani Purba itu memasak mi segera dengan santai di tempat duduknya.

Dia turut meletakkan sos cili yang dibawa dari rumah ke dalam  makanannya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 52,500 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.

“Merakam dan menyiarkan kebodohan sendiri dengan bangga,” kata seorang netizen.

“Dalam kereta api ada jual mi segera,” kata pengguna media sosial lain.

Selepas klip video itu tular, Murhani tampil memohon maaf dan mengakui tidak tahu bahawa memasak di dalam kereta api adalah dilarang. – AGENSI

Wanita selamba masak mi segera dalam kereta api


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker