Guru pelatih maut terkena renjatan elektrik

Guru pelatih maut terkena renjatan elektrik

SEGAMAT – Seorang guru pelatih lelaki Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur, maut selepas terkena renjatan elektrik di Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu, mangsa, Saiful Asraf Mukhtar, 21, dikatakan berada di luar bilik makmal komputer untuk membantu kerja pembersihan kerusi meja akibat banjir.



Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa datang ke sekolah berkenaan bersama sekumpulan pelatih IPG bagi membantu kerja pembersihan pasca banjir.

“Sebelum kejadian, mangsa sedang menggunakan alat penyembur air atau ‘water jet’ membersihkan kerusi meja pelajar.

“Tiba-tiba berlaku renjatan dan mangsa yang berdiri kemudiannya rebah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

SK Pogoh yang dilawati Saiful Asraf sewaktu terkena renjatan elektrik bagi membantu kerja pembersihan pasca banjir di Segamat.
Ahmad Zamry berkata, beberapa rakannya berhampiran sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR).



“Saiful Asraf turut mengalami cedera di bahagian kepala. Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Tambah beliau, ini adalah kali kedua pelatih guru berasal dari Sabah itu datang menaiki bas IPG untuk membantu misi pasca banjir di Segamat ketika musim banjir tahun ini. K Online

Guru pelatih maut terkena renjatan elektrik



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker