Nurul Amal menang Ketua Puteri UMNO

Nurul Amal menang Ketua Puteri UMNO

Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dilihat paling menghampiri jawatan Ketua Puteri Umno yang baharu berikutan jauh meninggalkan pesaing sengitnya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Khaidirah Abu Zahar yang mendapat 32 undi.

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 5 petang ini, Nurul Amal dengan 85 undian, berpeluang cerah mengambil tempat penyandangnya sebelum ini, Datuk Zahida Zarik Khan.

Selain itu, pesaingnya yang lain iaitu Exco Puteri UMNO, Dr Masliha Harun meraih sebanyak 30 undi, Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin (empat undi), Exco Puteri UMNO, Fadwah Anuwar (14 undi) dan Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan (16 undi).

Sementara itu, Siti Sokhleha Nordin yang memperoleh 109 undi, meraih jawatan Naib Ketua Puteri Umno. K Online

Nurul Amal menang Ketua Puteri UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker