Siasatan kes mafia korporat sudah dibuka sejak tahun lalu

Siasatan kes mafia korporat sudah dibuka sejak tahun lalu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung laporan artikel ‘rahsia mafia korporat Victor Chin Boon Long’ yang didakwa memperalat penguat kuasa tempatan, sejak tahun lalu.

Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sudah menyiasat malah pihak PDRM juga mengesahkan menerima laporan berkaitan pecah amanah sejak Mei lalu.

Katanya, laporan itu menyebut berlaku salah laku penyelewengan kewangan membabitkan wang berjumlah lebih RM30.7 juta dalam Caely (M) Sdn Berhad, yang juga anak syarikat kepada Caely Holdings Berhad.

“Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh agen.

“Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh PDRM sendiri pada 21 September yang lalu di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu, bertujuan untuk mengelakkan pesalah dikenakan hukuman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Noorsiah, kedua-dua kesalahan itu juga sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 27 Februari lalu untuk tindakan lanjut.

Sejak beberapa hari lalu, sebuah portal menerbitkan artikel berhubung sekumpulan individu melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings dan sebuah syarikat lain.

Kemelut perebutan mengakibatkan kejatuhan harga saham malah ia mendakwa turut membabitkan agensi penguatkuasaan, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun ahli Lembaga Pengarah syarikat itu. BH

Siasatan kes mafia korporat sudah dibuka sejak tahun lalu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker