Berkempen dengan baik, usah jaja fitnah dan kisah silam calon

SUDAH ramai calon Pilihan Raya Negeri Melaka menggunakan kempen secara dalam talian untuk menarik perhatian pengundi.

Cuma yang tidak seronoknya bukan semua benda yang positif tetapi banyak cerita fitnah dan tidak elok dijaja dalam media sosial.

Kisah peribadi dan foto lama diulang siar untuk mengungkit kisah silam calon dengan tujuan memburuk-burukkan individu berkenaan.

Cencalok memang tidak gemarlah dengan taktik dan strategi seperti ini. Kisah lama usah diungkit kembali dan setiap orang dalam dunia ini ada sejarah hitam masing-masing.

Satu lagi Cencalok nak tegurlah juga tentang pemasangan bendera yang semakin meriah di Melaka ini.

Seronok Cencalok lihat keadaan pada awal musim berkempen pada hari ketiga berbanding hari sebelumnya yang sepi dan belum ada mood pilihan raya.

Tapi kini kalau dilihat di kebanyakan persimpangan lampu isyarat meriah dengan bendera parti pelbagai warna sama ada bendera Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan tidak lupa juga parti Putra yang ceria dengan warna kuning bendera parti itu.

Sebenarnya bukanlah Cencalok nak menyibuk tentang bendera yang di pasang sana sini, cuma kurang gemar, baru beberapa hari dipasang, dah ada bendera yang tumbang di atas jalan.

Keadaan itu sedikit sebanyak menyakitkan mata memandang.

Dalam peperangan zaman dahulu kala, bendera adalah yang paling penting dan kena jaga. Kalau bendera jatuh bererti pasukan tentera sudah kalah dan askar pun lari lintang pukang.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


#PRNMELAKA2021: Penyokong Mas Ermieyati Kecewa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker