Penduduk terkejut harimau ‘berehat’ bawah rumah

Penduduk terkejut harimau ‘berehat’ bawah rumah

LIPIS – Seorang penduduk terkejut menyedari seekor harimau akar berada di bawah rumahnya di Kampung Pagar Sasak, dekat sini petang tadi.

Harimau akar itu dipercayai tersesat ke kawasan kampung berkenaan.

Pemilik rumah tersebut menyedari kehadiran harimau itu kemudian menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Pahang dan memaklumkan apa yang berlaku.



Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi bagi membuat pemantauan.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis diarahkan ke lokasi dan mendapati haiwan itu sedang berehat di bawah rumah penduduk yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak, Lipis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, pihaknya sedang menunggu pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut. MG

Penduduk terkejut harimau ‘berehat’ bawah rumah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker