Seleweng zakat, kakitangan Mains dipanggil beri keterangan

Seleweng zakat, kakitangan Mains dipanggil beri keterangan

SEREMBAN: Sebelas individu melibatkan pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) Zakat Sdn Bhd dipanggil memberi keterangan berkenaan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan jabatan itu, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Ahmad Dzaffir berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sekiranya perlu mengambil keterangan individu lain berkenaan perkara tersebut.



“Setakat ini segala kenyataan diambil dan siasatan dijalankan adalah pandangan dan nasihat daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan (PPN) Negeri Sembilan.

“Polis negeri telah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan telah dihantar semula ke pejabat TPR pada 2 Mac. 11 individu tersebut (termasuk bukan pegawai Mains) turut diambil keterangan,” katanya kepada pemberita di IPK negeri di sini hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah.

Pada 13 Feb lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor mengesahkan kes berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan agensi berkenaan dikaji semula untuk melihat keterangan yang ada.



Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram mengenai laporan pecah amanah wang kutipan zakat melibatkan pegawai jabatan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Dzaffir melaporkan kes jenayah komersial di negeri itu pada tahun lalu merekodkan kerugian RM62.51 juta berbanding RM43.12 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri telah membuka 2,833 kertas siasatan dan 1,425 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan komersial dan 469 individu dituduh di mahkamah pada tahun ini.

“Jenis kes didapati menunjukkan peningkatan adalah 318 kes bagi penipuan telekomunikasi, 93 kes penipuan pelaburan tidak wujud dan 38 kes bagi penipuan kewangan dalam talian. Terdapat pertambahan RM1.55 juta kerugian bagi kes pembelian dalam talian dan RM862,000 bagi pelaburan,” katanya.



Dalam pada itu, beliau berkata polis menerima dua laporan melibatkan dua mangsa yang didakwa telah ditipu dalam pelaburan tidak wujud yang ditawarkan menerusi Facebook pada 20 Feb dan 22 Feb ini.

“Mangsa pertama melibatkan pesara swasta yang kerugian RM1.2 juta dan seorang wanita berusia 49 tahun merupakan akauntan syarikat swasta mengalami kerugian RM200,000. Mangsa dimasukkan dalam grup WhatsApp dan seterusnya ditawarkan pelaburan yang dijanjikan pulangan tinggi,” katanya.

Katanya, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti empat individu yang dipercayai dapat membantu siasatan tersebut iaitu V Paramesvaran, 38; Muhamad Subris Abdullah, 55; Muhammad Asyraf Mohd Hissam, 27; dan Muhammad Sabran Alias, 38 tahun.



Orang ramai yang mempunyai maklumat tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Arif Jamaluddin di talian 019-4005037. FMT

Seleweng zakat, kakitangan Mains dipanggil beri keterangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin



Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker