Tukar kerajaan perkara biasa – Hadi

Tukar kerajaan perkara biasa – Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan kenyataan berhubung ramalan bahawa kerajaan persekutuan akan tumbang dalam masa terdekat.

Ahli parlimen Marang itu menggambarkan bahawa perubahan kerajaan merupakan satu perkara yang biasa dalam politik.

“Itu satu kenyataan politik dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling tadah itu berlaku.

“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri, ada berlaku.

“Sebab itu sesuatu tidak mustahil berlaku,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta penjelasan berhubung kenyataannya baru-baru ini yang meramalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang dalam masa terdekat.

Dia turut diminta mengesahkan sama ada terdapat perancangan untuk merampas kerajaan persekutuan sedia ada.

Merancang dan mengigau

Ahli parlimen Marang pada 28 Feb lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa pembangkang tidak boleh dipersalahkan kalau kerajaan persekutuan tumbang.

“Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” katanya merujuk pentadbiran PH yang ditumbangkan melalui Langkah Sheraton pada 2020.

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak menyebut jika Perikatan Nasional sedang mengaturkan sesuatu ke arah itu.

Sementara itu, Anwar ketika diminta mengulas ramalan Hadi hanya membalasnya dengan kenyataan ringkas.

“Tak apalah, biar dia (Hadi) merancang dan mengigau,” kata perdana menteri itu.

Seolah-olah tidak mempedulikan balasan sinis daripada Anwar itu, Hadi kemudian tetap bertegas bahawa pihaknya berhak merancang ke arah menumbangkan kerajaan tanpa halangan daripada mana-mana pihak.

“Memang kita berhak merancang tidak ada siapa yang boleh halang, kita nak merancang,” katanya. Mk

Tukar kerajaan perkara biasa – Hadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker