Dipaksa Noda

Petaling Jaya: Bukan sahaja hubungan intim mereka dirakam malah teman lelakinya turut mengugut akan menyebarkan video itu kepada keluarga mangsa.

Mangsa yang juga wanita berusia 21 tahun dan bekerja sebagai kerani mendakwa tiada pilihan dan terpaksa melakukan hubungan terlarang itu.

Akhirnya, mangsa hamil namun teman lelakinya memaksanya menggugurkan kandungan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa mendakwa teman lelakinya, 23, beberapa kali memaksanya melakukan hubungan seks dengan kali terakhir berlaku di sebuah hotel di daerah ini, Khamis lalu.

“Suspek merakam perbuatan jijik itu menggunakan telefon bimbit.

“Pada awal bulan ini, mangsa mendapati dia hamil namun teman lelakinya memintanya menggugurkan kandungan.

“Mangsa enggan dan akibat berasa teraniaya serta tertipu, dia membuat laporan polis,” katanya pada kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, susulan itu, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan suspek di sekitar Kota Damansara semalam.

Suspek direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kami nasihatkan golongan wanita supaya tidak mudah termakan pujuk rayu lelaki hingga akhirnya merugikan diri sendiri,” katanya- HM

Haziq: Saya pun mangsa, aksi intim dirakam dan dibocorkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker