Bella pertahankan isu video lucah Aliff [VIDEO]

Bella pertahankan isu video lucah Aliff

‘Kenapa nak jatuhkan Aliff lagi?’- Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 27, mengesahkan lelaki dalam video tidak senonoh yang tular di media sosial itu ialah suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz, 30.

Bagaimanapun, Bella menjelaskan itu adalah video lama dan dia terkilan dengan sikap segelintir pihak yang tidak henti cuba menjatuhkan maruah suaminya.

“Video itu sudah lama sangat. Namun, apa-apa yang terjadi waktu itu, saya tak nak tahu dan tak mahu tengok. Itu zaman ‘jahil’ dia, mungkin waktu itu hatinya masih buta.

“Sekarang Aliff sedang mencuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan perlahan-lahan. Namun, masih ada yang ingin menjatuhkan dia, mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff ketika ini.


Baca Artikel Menarik:

Adira Suhaimi Dan Bella Astillah Dilihat Hadir Ke Pejabat Agama Pada Jam 2.30 Pagi


“Apa yang penting sekarang ialah saya dan keluarga akan terus mendoakan dan memberi sokongan 100 peratus kepadanya,” katanya.

Sejak Sabtu lalu, heboh di Twitter dengan video seorang lelaki dipercayai mirip Aliff melakukan aksi tidak senonoh.

Terdahulu, video berdurasi lebih dua minit itu dimuat naik seorang pengguna Twitter hingga menjadi perbualan hangat di platform media sosial itu.

Video terbabit sudah mendapat lebih 20,000 tontonan, 600 ulang ciap (retweets) dan hampir 1,200 tanda suka.

Sejak pelbagai kontroversi menghimpitnya, Aliff yang popular dengan lagu Sayang-Sayang itu berusaha memperbaiki dirinya untuk melakukan perubahan.


Baca Artikel Menarik:

JAWI Akhirnya Sahkan 2 Selebriti Ditahan Kerana Berkhalwat


Dia juga mahu membuang tatu pada badannya.

Sebelum ini, Aliff juga memutuskan untuk tinggal bersama keluarganya di Singapura sebelum kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember tahun lalu.

Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun. HM

Bella pertahankan isu video lucah Aliff


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker